Monday 14 September 2015


Ucapan Perasmian dalam bahasa Arab

 

الكلمة  الإختتامية  لبرنامج  تحبيب  اللغة  العربية


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
الشكر متواتر إلى رئيس الجلسة،
المحترم/ المحترمة مدير المدرسة الثانوية الوطنية الدينية ………………….
المحترم/ المحترمة مدير المدرسة الثانوية الوطنية………………………..
المحترم/ المحترمة مدير المدرسة الثانوية الدينية…………………………
المحترمون نائبو مدير المدرسة.
المعلمون والمعلمات الأعزاء والأحباء،

أبنائي الطلاب وبناتي الطالبات… أسعد الله صباحكم بكل خير.

أولا أشكر الله على نعمه الواسعة نجتمع في هذا اليوم المبارك لإنجاح الحفلة الإختتامية لبرنامج اللغة العربية.
وأشكر إلى مدير الدرسة الذي دعاني لحضور هذه الحفلة التي أعدوها بكل من جماليات الضيافة ولطف الكرامة. وأنا بوصفي ضيف الحفلة و مساعد المدير لمادة اللغة العربية أقدم شكري وفخري لحضراتكم.
 سيداتي آنساتي سادتي وحضورنا الكرام،

أود أن أنتهز هذه الفرصة في خطابي اليوم في تقديم لكم البيت الشعر العربي يقول الشاعر لنا جميعا:
من طلب العلوم بغير كدٍّ       سيدركها إذا شاب الغراب

ويخبر لنا من هذا البيت الشعر أنَّ الطالب الذي لا يركز على دروسه ولا يهتم بدراسته فيكون في مستقبله وحياته من الخاسرين.
والطلبة أو التلاميذ بمعنى الحقيقي هو الأفراد الذين يبذلون جهودهم وطاقاتهم لنيل العلوم النافعة في أثناء دراستهم ومخالطتهم مع أساتذتهم. إذن يجب عليكم أيها أبنائي وبناتي أن تكونوا من المجتهدين والناشطين في هذه المرحلة الدراسية التي تكونوا فيها الآن. وهذه المرحلة، مرحلة مهمة، ومرحلة ذهبية، ومرحلة المباركة حيث أنكم تعيشون مع العلم والمشايخ. كما يجب عليكم أن تستوعبوا كل الاستيعاب والحرص بما تعلمتم. وهذه الأوقات لا تعود ولوكانت في لحظة واحدة. يجري الزمان ولا تتأخروا!! يجري الزمان ولا تـؤجلوا أعمالكم….!!ولا تضيعوا أوقاتكم!! ونحن قد نسمع إلى المثل العربي يقول:
الوقت كالسيف إن لم تقطعه قطعك..




Memantapkan pendidikan Islam melalui J-QAF

 

MUNGKIN anda pernah menyaksikan sekumpulan murid sekolah rendah menghadiri majlis khatam al-Quran beramai-ramai walaupun usia mereka tidak melebihi 12 tahun.
Atau melihat murid sekolah yang sedang mengerjakan solat sunat dhuha atau solat sunat hajat. Mereka juga mahir membaca doa selepas solat atau menghuraikan hukum sesuatu perbuatan menurut syariat agama. Semua ini adalah sebahagian hasil kejayaan program J-Qaf yang dilaksanakan di sekolah rendah sejak 2005.

Pendidikan negara untuk melahirkan modal insan yang bertakwa dan bersahsiah tinggi meningkat satu tahap lagi apabila program rintis J-Qaf bagi sekolah menengah akan dilaksanakan pada 2012. Selepas itu pelaksanaan sepenuhnya seluruh sekolah menengah akan dilaksanakan pada 2013. Ini dilihat sebagai usaha memantapkan lagi kandungan kurikulum mata pelajaran Pendidikan Agama Islam bagi murid sekolah. Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO ke-62 baru-baru ini.
Pelaksanaan J-Qaf di peringkat sekolah rendah dimulakan pada 2005. Selepas pelaksanaannya selama 6 tahun didapati ia sangat berkesan dan memberi impak besar kepada sahsiah dan tingkah laku murid.
Berdasarkan kajian didapati melebihi 94 peratus murid dapat menguasai empat kemahiran asas iaitu tulisan jawi, membaca al-Quran, asas berkomunikasi dalam bahasa Arab dan memahami keperluan fardu ain. Dengan kejayaan itu sudah sampai masanya Kementerian Pelajaran meluaskan program J-Qaf itu ke peringkat menengah supaya dapat dimanfaatkan lebih ramai murid.

Konsep program J-Qaf adalah suatu usaha memperkukuhkan pendidikan Islam melalui penekanan khusus dan berfokus kepada pengajaran tulisan jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum melalui model dan modul pengajaran tersendiri. Banyak komponen baru dimasukkan tidak dapat dipraktikkan dalam mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam kerana kesuntukan masa jadual pengajaran. Bagi memantapkan pelaksanaan program ini tenaga guru khusus digunakan yang akan memberi tumpuan kepada aspek pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. 

Program ini dilaksanakan melalui tambahan peruntukan jadual waktu sedia ada. Di samping itu objektif program ini adalah memperkukuhkan komponen tertentu dalam mata pelajaran Pendidikan Agama Islam seperti bidang tilawah al-Quran, penghayatan akidah, amalan ibadah, pengetahuan sirah nabawi, pengukuhan akhlak dan penguasaan tulisan jawi dengan lebih berkesan. Matlamat program ini dijangkakan murid bukan sahaja mempunyai pengetahuan dalam bidang dinyatakan tetapi dapat menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. 

Timbulnya idea melaksanakan program J-Qaf adalah kerana kebimbangan ibu bapa terhadap kemerosotan penguasaan tulisan jawi anak-anak mereka akibat penekanan yang meluas tulisan rumi dalam sistem pendidikan. Pada hakikatnya peruntukan masa pengajaran tulisan jawi dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia amat terhad. 

Sementara itu, guru-guru agama tidak mempunyai masa mencukupi mengajar komponen itu dalam mata pelajaran Pendidikan Agama Islam. Akibatnya ramai murid tidak dapat menguasai malah asas tulisan jawi. Kegagalan murid menguasai tulisan jawi dibimbangi memberi kesan kepada penguasaan dalam bidang al-Quran. 

Program J-Qaf turut memberi penekanan kepada aspek pengetahuan asas bahasa Arab dan komponen fardu ain. Dengan mempunyai pengetahuan bahasa Arab yang mudah membolehkan murid berkomunikasi dalam bahasa tersebut dan ini merupakan suatu kelebihan yang diperolehi melalui program ini. Di samping itu pengetahuan fardu ain yang mengandungi peraturan dan hukum-hakam agama akan dapat dimanfaatkan oleh murid dalam amalan dan perlakuan seharian. 

Jika ditinjau secara mendalam memang terdapat perbezaan kaedah pengajaran di antara mata pelajaran Pendidikan Agama Islam dengan J-Qaf. Pengajaran Pendidikan Agama Islam kelihatan memberi penekanan kepada kaedah teori dan berbentuk akademik menyebabkan murid kurang menghayati dan mengamalkan perkara yang diajar melalui perbuatan. Lebih membimbangkan apa yang mereka pelajari di sekolah tidak dapat diamal dan mudah lupa terutama selepas meninggalkan sekolah.

Akibatnya banyak pihak mengaitkan ketidakberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Agama Islam dengan berleluasanya gejala sosial dalam masyarakat kita terutama di kalangan golongan remaja. Isu mat rempit, pergaulan bebas, pembuangan bayi, penyalahgunaan dadah dan sebagainya dikatakan boleh dikurangkan jika mereka menghayati dan mengamalkan pendidikan agama di sekolah. 

Oleh itu satu kaedah lain perlu dicari yang lebih menekankan kepada aktiviti amali dan latih tubi supaya pengajaran yang diberikan memberi kesan lebih mantap dan mendalam. Di sinilah munculnya idea program J-Qaf yang lebih berfokus dan dianggap sebagai kaedah saling lengkap melengkapi terhadap pendidikan agama di sekolah.

Apabila program J-Qaf mula diperkenalkan guru-guru agama yang sedia ada terus digunakan. Namun demikian mereka dikehendaki menghadiri kursus-kursus hujung minggu yang bertujuan memantapkan kaedah dan modul pengajaran melalui bantuan dan kerjasama Bahagian Pendidikan Guru. Alat-alat pengajaran dan pembelajaran terkini diperkenalkan bagi membantu melancarkan pengajaran guru. 

Walaupun program ini dilaksanakan selama enam tahun di sekolah rendah tetapi kajian dan penilaian perlu dilakukan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan lagi keupayaan pengajaran program itu. Cadangan untuk melanjutkan program J-Qaf ke peringkat sekolah menengah sangat dialu-alukan. Melalui program ini diharapkan lebih ramai murid dapat dilahirkan bagi memenuhi keperluan modal insan berakhlak dan bersahsiah tinggi.




Hati Tenang, Rasa Cukup Tanda Rezeki Berkat

Rezeki yang berkat dapat dilihat melalui kebiasaan seseorang itu bersedekah atau menunaikan tanggungjawab seperti berzakat. Sifat pemurah untuk bersedekah kepada orang lain akan memberi ketenangan kepada diri, malah lebih disayangi masyarakat.  Sesungguhnya, harta yang kita miliki ada hak orang lain di dalamnya yang wajib kita tunaikan. Hindarkan sifat takut kepada kepapaan kerana kekayaan sejati adalah kekayaan iman yang terpancar daripada kesederhanaan hidupnya. 
Kesederhanaan lahir daripada sifat qanaah. Setiap Mukmin hendaklah mempunyai sifat qanaah iaitu reda dan menerima apa yang ada tanpa banyak menuntut perkara yang bukan keperluannya. Cara menanamkan sifat qanaah dalam diri dan keluarga ialah sentiasa mengucapkan ‘Alhamdulillah’. 

Tanda keberkatan dapat dilihat apabila hati diselubungi ketenangan dan kecukupan kurniaan akan dirasakan walaupun sedikit.  Rasulullah SAW bersabda: “Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Percambahan rezeki
Ini menunjukkan keberkatan adalah perkara penting sebagai petanda percambahan rezeki di samping pengharapan tinggi terhadap Allah SWT.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Allah telah berfirman: Telah berfirman Allah kepada malaikat pembahagi (pengedar) rezeki kepada bani Adam: mana satu hamba-Ku yang kamu temui menuju harapannya hanya kepada Aku, maka jaminkanlah rezekinya langit dan bumi. Dan mana satu hamba-Ku yang kamu temui sedang mencari rezekinya, sesungguhnya dia sedang menuntut keadilan, maka lorongkanlah jalan-jalannya tetapi jika dia menuntut selain daripada itu, maka biarkanlah antara mereka dengan apa yang mereka tuntut itu, kelak mereka tidak akan memperoleh lebih daripada apa yang telah Aku tentukan untuk mereka itu.” (Riwayat Abu Naim)

Bersangka baik kepada Allah
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik kepada Allah SWT dalam apa juga keadaan kerana kasih sayang Allah SWT itu mendahului kemurkaan-Nya. Pastikan sumber rezeki kita peroleh daripada sumber yang halal dan tidak meninggalkan suruhan Allah SWT ketika mencari rezeki.
Kebaikan yang berterusan mestilah dijadikan agenda utama bagi mengelak kesulitan dalam hidup kita. Baginda SAW bersabda: “Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan, dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu’allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu ditahan rezekinya disebabkan dosa yang sentiasa dilakukannya.” (Riwayat Ibn Majah dan Ahmad)
Sumber pendapatan kita bergantung dengan keberkatan Allah SWT kerana Dialah yang mengatur kehidupan manusia. Iman dan kufurnya seseorang dapat diukur sejauh mana kefahaman mereka terhadap pemberian rezeki oleh Allah SWT.
 

Sunday 13 September 2015

ASSALAAMUALAIKUM...

SALAM SEJAHTERA KEPADA RAKAN-RAKAN GURU.. MUDAH-MUDAHAN MENDAPAT KESIHATAN DAN KEBERKATAN DARIPADA ALLAH SWT..

MULAKAN LAH LANGKAH ANDA DENGAN BISMILLAH...

SENYUMLAH... SENYUMLAH... DENGAN SENYUMAN ANDA ITU TERUKIR SERIBU KEBAHAGIAAN DAN KETENANGAN....





" Rebutlah lima kesempatan sebelum datang 5 kesempitan "

  • Muda sebelum Tua. 
  • Sihat sebelum Sakit.
  • Lapang sebelum Sibuk.
  • Kaya sebelum Miskin.
  • Hidup sebelum Sakit.

Sekilas Tazkirah diri

assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh....

ahlan wa sahlan  ke blog pendidikan islam & bahasa arab skk kaulaun..

salam 1 malaysia...

di pagi ini marilah kita sama-sama panjatkan doa kepada Allah SWT agar diberi kekuatan dan kesihatan untuk kita terus bekerja di jalan Allah.. mudah mudahan segala penat lelah kita diberi balasan pahala di sisi-Nya...

Amiin Ya Rabb...